Faizal Hussein Kembali Beraksi dalam Video Raya Kapital Ihsan, Sentuh Perasaan Penonton

Saban tahun, kita dihidangkan dengan iklan-iklan raya yang mantap sarat dengan makna. Baik iklan sayu atau jenaka, semuanya memberi nostalgia dan menghidupkan semangat Syawal.

Selepas sekian lama tidak muncul di layar perak, Faizal Hussein kembali beraksi dengan persembahan memukau dalam Filem Raya ‘Kapital Ihsan’.

Filem raya yang dihasilkan Malaysia Madani memberi ruang penerokaan baharu untuk Faizal Hussein memegang watak Rahman, peniaga tempatan yang prihatin kepada masyarakat sekeliling, tetapi disalah anggap orang lain.

Gandingan Faizal dengan Mak Wan Latah menjadikan ‘Kapital Ihsan’ video santai yang menghidupkan mesej keprihatinan yang perlu diamalkan sesama masyarakat.

Pastilah Syawal ini lebih bermakna bagi mereka yang memerlukan sekiranya golongan yang berkemampuan dapat menghulurkan serba sedikit bantuan.

Jangan lupa tonton filem pendek raya istimewa Malaysia Madani di laman Facebook rasmi Malaysia MADANI!

Subscribe To Our Telegram Channel :
The Coverage Malaysia
Share: