Puasa tak boleh, solat sunat tak boleh, apalah nasib saudara kita….

Dalam kemeriahan kita masih meraikan Syawal dengan memenuhi jemputan rumah terbuka kawan-kawan dan saudara mara, saudara seIslam kita di China terus ditindas. 

Dilaporkan Radio Free Asia, penganut Islam etnik Uighur di Xinjiang dilarang bersolat sunat Aidilfitri di masjid dan rumah mereka. 

Sepanjang Aidilfitri juga, polis dan pihak berkuasa meningkatkan kawalan di jalan raya dan membuat serbuan di rumah bagi menghalang penganut Islam bersembahyang di rumah mereka sendiri. 

Di bandar Bulung yang terletak dalam wilayah Xinjiang, sebuah masjid dibenarkan dibuka tetapi hanya penduduk berusia 60 tahun ke atas dibenarkan hadir untuk bersembahyang jemaah. 

Kerajaan juga mengeluarkan notis melarang sesiapa yang berusia bawah 60 tahun untuk bersolat sunat Aidilfitri. 

Jemaah warga emas yang hadir di masjid itu pula dihendaki memberikan nama mereka kepada polis yan bertugas mengawal masjid. 

“Masjid dibuka semalam dan kami ke sana untuk memantau orang ramai,” kata seorang polis yang mengesahkan penduduk berusia 60 tahun ke bawah tidak boleh ke masjid. 

Sejak 2017 lagi, China mengenakan sekatan ketat atau mengharamkan semua upacara keagamaan di wilayah Xinjiang. 

Subscribe To Our Telegram Channel :
The Coverage Malaysia
Share: