Analisis PRN Negeri Kedah 2023
36 Kawasan DUN Kedah
N1 Hitam
N2 Hitam
N3 Hitam
N5 Hitam
N6 Kelabu/Hitam
N7 Hitam
N8 Hitam
N9 Hitam
N10 Hitam
N11 Putih
N12 Kelabu
N13 Putih
N14 Kelabu
N15 Kelabu
N16 Kelabu
N17 Kelabu
N18 Hitam
N19 Putih
N 20 Hitam
N 21 Hitam
N 22 Putih
N 23 Hitam
N 24 Hitam
N 25 Putih
N 26 Hitam
N 27 Hitam
N 28 Putih
N 29 Putih/Kelabu
N 30 Hitam
N 31 Hitam
N 32 Hitam
N 33 Hitam
N 34 Kelabu/Hitam
N 35 Putih
N 36 Putih
Pengenalan
Dewan Undangan Negeri Kedah memiliki 36 kawasan DUN. Sekirannya berdasarkan kepada trend Keputusan Pilihan Raya PRU 15 maka jumlah undi BN campur dengan PH pun tidak akan mengatasi PN di 33 kerusi (DUN). Namun begitu , terdapat beberapa faktor lain dimana kajian kita mendapat terdapat terdapat 8 kerusi Putih , 6 kerusi Kelabu dan 22 kerusi hitam.
Jika kita imbas sebelum gelombang gandingan PAS dan PPBM berlaku pada PRU 15 dan hanya mengikuti keputusan pilihan raya pasca PRU 14 dimana pilihan raya DUN di negeri Kedah maka PN sudah pun menang 21 kerusi , BN 2 , PH 10 dan Pejuang 2 kerusi. Keadaan ini juga jelas menunjukkan terdapat 23 kerusi hitam untuk gandingan BH dan PH.
Putih – 8 Kerusi
Kawasan N11 Derga , N13 Kota Darul Aman , N19 Sungai Tiang , N22 Gurun , N25 Bukit Selambau , N28 Bakar Arang , N35 Kulim Dan N36 Bandar Baharu merupakan kawasan putih gandingan PH dan BN.
N19 merupakan kawasan kubu kuat UMNO dan calon Suraya Yaacob sudah menjadi ADUN di kawasan tersebut sejak tahun 2004.
Kerusi N 11 , 13 dan 25 DAN 28 pula merupakan kawasan dimana memiliki komposisi bukan Melayu yang sangat tinggi dan Pakatan Harapan juga sudah memenangi kawasan tersebut dalam beberapa siri pilihan raya yang lepas.
N22 pula merupakan kerusi yang dikosongkan oleh Dewan Speaker terkini iaitu Dato’ Johari bin Abdul.
N35 dan N36 pula merupakan kawasan parlimen kubu kuat gandingan PKR dan BN di kawasan parlimen Kulim Bandar Bahru. N35 Kulim merupakan kubu kuat PKR manakala N36 Bandar Baharu merupakan kubu kuat UMNO. Kawasan ini juga merupakan antara kawasan parlimen dimana gandingan BN dan PH mampu mengatasi PN dalam PRU 15. P018 – KULIM-BANDAR BAHARU dalam PRU 15 menunjukkan PN menang dengan 34,469 undi , PH 21,408 dan BN pula 13,872. Gandingan BN dan PH menunjukkan seramai 35280 yang menunjukkan pengundi di kawasan parlimen ini adalah penyokong kuat BN dan PH.
Kelabu – 6 Kerusi
5 buah kerusi ini sebenarnya datang daripada 2 DUN parlimen iaitu P009 Alor Setar dan P010 Kuala Kedah yang merupakan kawasan parlimen kubu kuat Pakatan Harapan selama ini.
P009 Alor Setar
N12 Suka Menanti ( Kelabu )
N13 Kota Darul Aman ( PUTIH )
N14 Alor Mengkudu ( Kelabu )
P010 Kuala Kedah
N15 Anak Bukit Amiruddin Hamzah PH ( Kelabu )
N16 Kubang Rotan Mohd Asmirul Anuar Aris PH ( Kelabu )
N17 Pengkalan Kundor ( Kelabu )
2 Kawasan parlimen ini akan membekalkan 1 kerusi putih dan 5 kerusi kelabu. Dahulunya keenam – enam DUN ini adalah kawasan putih Pakatan Harapan. Namun begitu , data terbaharu PRU 15 menunjukkan gandingan BN dan PH tidak mampu mengatasi PN.
Untuk Keputusan Pilihan Raya PRU 15 – P009 – ALOR SETAR – PN menang dengan 37,486 undi , BN 8,930 undi dan PH 27,555. Gandingan Undi PH dan BN hanya mampu mencapai 36485 dimana masih lagi kurang berbanding dengan jumlah undi PN.
Untuk Keputusan Pilihan Raya PRU 15 – P010 – KUALA KEDAH – PN menang dengan 56,298 undi , BN 13,879 undii dan PH 28,237. Gandingan Undi PH dan BN hanya mampu mencapai 42116 dimana jauh ketinggalan berbanding dengan jumlah undi PN.
Satu lagi kawasan DUN yang datang selain daripada Alor Setar dan Kuala Kedah adalah kawasan N 29 yang datangnya daripada kawasan Parlimen Sungai Petani ( Putih-Kelabu).
Hitam – 22
Dalam senarai 22 kerusi hitam hanya kerusi N6 Jitra yang kini dimiliki oleh Pejuang dan Mukhriz Mahathir yang ada peluang untuk menjadi kelabu-hitam. Kerusi ini adalah kerusi yang dahulunya kubu kuat BN tetapi beralih kepada PPBM dan selepas itu Pejuang mengikut calon yang diketuai oleh Mukhriz Mahathir. Namun begitu , kerusi ini dikategorikan sebagai hitam kerana dalam keputusan PRU 15 menunjukkan kawasan parlimen N6 Jitra yang terletak di kawasan parlimen P006 – KUBANG PASU dimana gandingan undi BN dan PH jauh ketinggalan berbanding PN. Oleh sebab itu , walaupun kerusi ini kini berstatus hitam-kelabu dan dimiliki oleh Mukhriz tetapi diramalkan PN akan merampas kerusi ini daripadanya dalam PRN akan datang.
Analisis Tambahan
Pada masa yang sama , dalam senarai 22 kerusi hitam ini juga sememanngnya dalam sejarah negeri Kedah sejak PRU 14 sudah menunjukkan 22 kawasan ini bukan milik BN mahupun PH dimana kesemuanya merupakan kubu kuat asal PAS dan kemudiannya PPBM.
Dalam 15 kawasan parlimen PRU 15 hanya 2 kerusi parlimen dimana gandingan undi PH dan BN mampu mengatasi PN. Satu kerusi tersebut adalah PRU 15. P018 – KULIM-BANDAR BAHARU dan satu lagi adalah P015 – SUNGAI PETANI . Untuk Kawasan parlimen Sungai Petani PH mendapat 50,580 undi , BN 27,391 dan PN hanya 49,465. Gandingan ini mencapai jumlah 77971 melebihi PN pada jumlah undi 49465.
P015 – SUNGAI PETANI
N27 Pantai Merdeka ( Hitam )
N28 Bakar Arang ( Putih )
N29 Sidam ( Putih-Kelabu)
Namun begitu , N27 adalah sah kawasan hitam iaitu kubu kuat PAS selama ini. Hanya kerusi N29 yang mampu ditawan. Kerusi N29 merupakan satu – satunya kerusi campuran Putih dan Kelabu disebabkan gandingan penyokong PH dan BN yang sangat kuat meninggalkan pengundi PN manakala majoriti pengundi PN di kawasan parlimen ini hanya bertumpu di N27 Pantai Merdeka(Hitam).
Analisis Kerusi Tradisi PKR
Terdapat 5 kerusi tradisi PKR di Kedah dan kerusi-kerusi berkenaan melibatkan DUN Sidam, Bakar Arang, Bukit Selambau, Kulim dan Lunas.
N25 Bukit Selambau – ( Putih )
N29 Sidam – ( Putih-Kelabu)
N28 Bakar Arang – ( Putih )
N35 Kulim – ( Putih )
N34 Lunas – ( Kelabu/Hitam )
Kawasan DUN Lunas yang selama ini merupakan kerusi tradisi PKR kini berada dalam status campuran kelabu dan hitam berdasarkan kepada keputusan terkini pasca PRU 15 di kawasan parlimen Padang Serai dimana gandingan undi PH dan BN tidak dapat mengatasi PN. Perikatan Nasional menang dengan undi 51637 , PH 35377 dan BN hanya 2983 undi.
Kawasan Warna Campuran
N6 Jitra – Kelabu/Hitam
N29 Sidam – Putih/Kelabu
N34 Lunas – Kelabu/Hitam
Pengakhiran
Hitam – 61%
Kelabu – 17%
Putih – 22%
Kerusi Putih dan Kelabu dimenangi sepenuhnya oleh BN dan PH juga tidak akan dapat menawan negeri Kedah daripada Perikatan Nasional. Angka ini sekirannya menambahkan 3 kerusi warna campuran Putih/Kelabu/Hitam juga tidak dapat menawan negeri Kedah.
Pengerusi PN kedah iaitu Sanusi meramalkan PN mampu memenangi 33 daripada 23 kerusi. Pihak kajian kita mendapati PN mampu memenangi sekitar 27 – 30 kerusi.
The Coverage Malaysia