Simpan 50% Daripada Pendapatan

Mazhab Kewangan Cina memiliki perbezaan dari segi kadar simpanan mereka berbanding teori kewangan barat yang lain. Teori barat menggunakan pengurusan kewangan 50 30 20 iaitu pecahan 50 untuk keperluan , 30 untuk kehendak dan 20 untuk simpanan. Teori 50 30 20 ini sebenarnya dicipta oleh Elizabeth Warren dari Amerika Syarikat.

Oleh sebab itu , negara Singapore dan China yang memiliki ramai populasi Cina mencatatkan kadar “Gross Domestic Savings” pada kadar 45-60% berbanding Amerika Syarikat pada kadar 15-18%. Pada masa yang sama , 4 negara yang memiliki populasi Cina yang tinggi juga berada dalam carta dunia sebagai simpanan rizab tertinggi di dunia daripada 194 negara. Negara China berada dalam kedudukan pertama dengan simpanan Rizab sebanyak USD 3.3 Trillion , Taiwan di kedudukan keenam iaitu sebanyak USD 565 Billion , Hong kong di kedudukan kesembilan iaitu sebanyak USD 418 Billion dan Singapore di kedudukan kesepuluh dengan simpanan rizab sebanyak USD 337 Billion.

Pepatah dan falsafah Cina percaya kepada teori tidak kisah tentang berapa yang kamu untung tetapi kebolehan kamu untuk menguruskan dan menyimpannya.

Psikologi orang Cina sememangnya lebih mengutamakan simpanan berbanding untuk berbelanja mahupun melabur. DNA mereka seolah – olah dilahirkan untuk menyimpan sebanyak wang yang boleh. Biar sebanyak mana wang yang mereka berjaya simpan tetap tidak akan cukup. Hal ini disebabkan , mereka memiliki mindset yang berbeza dengan orang barat. Orang barat mementingkan tentang mindset ‘Abundance’ tetapi Cina secara semula jadi akan memiliki ‘Scarcity’ mindset iaitu senantiasa akan berasa tidak selamat dan tidak cukup banyak. Biar berapa yang mereka berjaya simpan sekalipun tetap akan senantiasa merasakan diri mereka miskin dan memerlukan wang simpanan yang lebih banyak untuk waktu kecemasan , masa depan ataupun untuk kegunaan generasi akan datang. Mereka lebih mengutamakan mencapai sasaran simpanan pertama RM 100 000 berbanding mencapai sejuta pertama anda.

Setiap individu akan memiliki cara permainan wang mereka yang berbeza. Dalam dunia sukan ada strategi yang lebih mengutamakan pertahanan berbanding serangan dan ada pula yang sebaliknya. Dalam konteks Mazhab Kewangan Cina pula komuniti Cina secara umumnya lebih mengutamakan pertahanan berbanding falsafah menyerang. Oleh sebab itu , mereka amat bersifat ‘defensive’ dalam soal berkaitan dengan wang dan kewangan.

Teori : 50 35 15

Teori ini adalah anggaran purata 3500 komuniti Cina yang saya wawancara untuk tujuan menghasilkan buku ini. Hal ini disebabkan , tidak ada satu teori yang tetap , betul atau yang terbaik. Segala teori bajet kewangan dan simpanan adalah bergantung kepada situasi dan pilihan individu masing – masing. Teori 50 35 15 juga adalah lebih sesuai kepada golongan yang berada dalam kategori M40 dan T20 disebabkan kos sara hidup yang semakin tinggi menyebabkan golongan B40 juga amat mustahil untuk mempraktikan teori ini. Golongan B40 secara umumnya mengamalkan teori 70 20 10 iaitu 70% untuk keperluan hidup , 20% simpanan dan 10% untuk kehendak.

50 – Simpanan

35 – Keperluan & Kehendak

15 – Hutang

Formula 50-35-15 bermaksud 50% digunakan untuk keperluan, 30% untuk kehendak dan 20% lagi adalah untuk simpanan.

50% Simpanan

Kadar 50% simpanan bermaksud sekirannya gaji anda sebanyak RM 10 000 maka 50% daripada gaji bersih digunakan untuk simpanan. Dalam konteks negara Malaysia formula untuk mengira pendapatan bersih selepas tolak KWSP , SOCSO dan PCB adalah mengambil gaji penuh x 0.80 untuk pendapatan kurang daripada RM 100 000 setahun dan x 0.85 untuk setahun.

Sebagai contohnya , Gaji RM 10 000 X 0.85 = RM 8500 ( Gaji Bersih )

Oleh itu , 50% daripada RM 8500 iaitu sebanyak RM 4250 akan digunakan untuk simpanan dalam bank , simpanan tetap , pelaburan dan insurans. Dalam dunia komuniti Cina insurans bukanlah dalam kategori pelaburan seperti teori barat tetapi adalah sejenis simpanan.

35% Keperluan

35% daripada gaji bersih bulanan anda pula digunakan untuk keperluan dan kehendak untuk keperluan seperti sewa, makan/minum, pengangkutan, bil utiliti, dan sebagainya. Segala – gala yang anda perlukan untuk meneruskan kehidupan bulanan adalah berada dalam kategori ini.

Kehendak adalah semua perkara yang anda belanjakan wang untuk perkara yang tidak terlalu penting. Angka ini termasuk dalam kategori makan malam, menonton wayang, membeli beg tangan baharu,, percutian , hiburan dan gadjet terkini. 

15% Kehendak

Kehendak adalah semua perkara yang anda belanjakan wang untuk perkara yang tidak terlalu penting. Angka ini termasuk dalam kategori makan malam, menonton wayang, membeli beg tangan baharu,, percutian , hiburan dan gadjet terkini. 

Peringatan

Teori 50 35 15 ini hanyalah sekadar anggaran purata kerana setiap individu memiliki kadar simpanan yang berbeza. Namun begitu , dapatan hasil kajian wawancara 3500 komuniti Cina juga menunjukkan sebenarnya semakin tinggi pendapatan mereka semakin tinggi kadar simpanan mereka yang boleh mencecah kadar simpanan bulanan melebihi 50% iaitu sekitar 60-80%. Keadaan ini bermaksud sekirannya gaji mereka RM 100 000 maka setinggi RM 80000 akan disimpan. Mereka tidak akan meningkatkan kos gaya hidup atau pun kehendak mereka berdasarkan kepada peningkatan pendapatan , gaji mahupun keuntungan mereka.

Dana Simpanan Minimum 18 Bulan

Teori barat memberi penekanan simpanan 6 hingga 12 bulan daripada pendapatan anda. Dalam Mazhab Kewangan Cina pula dana simpanan tetap sebenarnya adalah dalam kadar 18 – 36 bulan. Psikologi orang Cina untuk menyimpan dengan kadar yang jauh lebih banyak berbanding barat disebabkan sejarah lama mereka. Nenek moyang masyarakat Cina terkesan dengan kemiskinan dan kebuluran ‘The Great Famine’ dari tahun 1959 sehingga 1961 yang telah meragut nyawa sebanyak 55 juta orang.

Di negara Malaysia pula , generasi sebelum ini terkesan dengan kegawatan ekonomi 1997 dan 1998 dan hanya beransur pulih pasca 1999. Yang terbaharu pula pandemik tahun 2020 yang telah menyebabkan 800 000 rakyat Malaysia hilang pekerjaan di sektor swasta yang majoritinya didominasi oleh orang Cina.

Oleh sebab itu , mereka akan senantiasa menyimpan dana kecemasan pada kadar minima 18 bulan hingga 36 bulan. Hal ini disebabkan , pengalaman dan sejarah lama mereka mengajar sesuatu krisis itu tidak mampu untuk dileraikan dalam jangka masa 6 hingga 12 bulan.

Dana simpanan 18 bulan bermaksud jika gaji anda RM 5000 maka RM 5000 X 18 = RM 90 000.

Dana simpanan lebihan ini juga akan dijadikan sebagai senjata untuk mengeksploitasi aset – aset pelaburan sewaktu krisis. Hal ini disebabkan , dalam waktu krisis kebiasannya sesuatu harga hartanah , saham , emas dan pelbagai lagi akan jatuh dengan kadar 20-40%. Pada waktu ini , mereka akan gunakan sebahagian wang lebihan kecemasan untuk menyerang dan membeli aset dalam kadar yang jauh lebih murah dan rendah dan menunggu kitaran peningkatan kemudiannya untuk menjualnya.

Subscribe To Our Telegram Channel :
The Coverage Malaysia
Share: