Komuniti Cina akan mengajar anak – anak mereka sewaktu mereka kecil lagi untuk memiliki tabiat menyimpan , menabung dan berjimat cermat.

Anak perempuan individu terkaya Malaysia iaitu Yen Kuok pernah memberitahu sidang media bahawa beliau dibesarkan dalam keadaan yang amat sederhana dimana wang saku semasa zaman persekolahnnya adalah jauh lebih rendah daripada. Bapanya iaitu Robert Kuok memiliki nilai kekayaan sebanyak RM 50 Billion tetapi tetap membesarkan anak – anaknya dengan penuh penjimatan dan kesederhanaan.

Asal Usul Miskin / Sederhana Boleh Ada Simpanan RM 20 000 Sebelum Usia 22

Di sini juga hendak saya berkongsi tentang kisah benar yang berkaitan dengan keluarga saya sendiri. Saya dilahirkan dengan keluarga yang amat sederhana dimana ibu saya adalah seorang kerani di Proton yang hanya berpendapatan RM 2500 sebulan dan bapa saya pula bekerja di sektor pembinaan dengan gaji sekitar RM 4000. Kedua – dua adik saya diberikan duit saku persekolahan sebanyak RM 5 sehari dan RM 150 sebulan. Selepas mereka graduasi daripada Universiti mereka pada usia 22 tahun sahaja mereka sudah ada simpanan sekitar RM 20 000 hanya dengan menyimpan wang saku dan duit raya mereka selama 13 tahun. Oleh sebab itu , pada tahun pertama mereka mula bekerja pada usia 23 sahaja mereka sudah mampu membeli rumah pertama mereka dengan menggunakan wang simpanan RM 20 000 dan lebihan simpanan gaji sebagai wang pendahuluan.

Keadaan ini juga bermakna kedua – dua adik saya hampir tidak pernah membelanjakan duit saku dan raya mereka. Mereka akan makan roti yang dibekalkan oleh nenek saya semasa berada dalam sekolah. Zaman dahulu juga tidak ada kos gaya hidup seperti pelbagai hiburan , permainan , gadget dan pelbagai lagi. Pada ketika itu , disebabkan ibu bapa kita juga tidak memiliki ilmu kewangan dan pelaburan yang tinggi maka mereka juga tidak diajar untuk meningkatkan kadar pulangan daripada simpanan mereka. Mereka hanya tahu menyimpan pada ketika itu dan hanya mula belajar untuk melabur duit mereka melalui pulangan yang lebih tinggi selepas tamat zaman universiti mereka.

Untuk orang dewasa yang berkeluarga dan memiliki komitmen kelangsungan hidup yang tinggi masih boleh lagi menggunakan alasan kos hidup yang semakin tinggi. Anak – anak yang masih muda tidak sepatutnya dimanjakan dengan alasan sedemikian. Mereka tidak ada komitmen dimana tempat tinggal , makan dan pelbagai sudah lagi disediakan oleh pihak ibu bapa. Mereka seharusnya diajar dan belajar untuk menangguh kepuasan sementara untuk berjimat cermat dan jangan membelanjakan wang saku mereka untuk kos gaya hidup tuntutan zaman modern.

Negara Malaysia kini sebenarnya berhadapan dengan krisis simpanan dimana 75% daripada keseluruhan rakyat Malaysia tidak ada simpanan melebihi RM 1000. Oleh sebab itu , ibu bapa sepatutnya mengambil peluang ini untuk mengajar dan membentuk tabiat simpanan sekurang – kurangnya RM 1000 semasa anak masih kecil lagi. Tidak mustahil dalam 13 tahun alam persekolahan dengan hanya berdasarkan kepada wang saku tidak boleh ada simpanan RM 1000. Angka ini juga menunjukkan mereka hanya perlu belajar menyimpan RM 77 dalam setahun untuk 13 tahun alam persekolahan untuk mencapai angka RM 1000.

Ibu bapa pada zaman ini yang memiliki literasi kewangan yang lebih hebat berbanding zaman dahulu sepatutnya guna peluang untuk mengajar dan mengajak anak – anak untuk menabung di ASB dan KWSP semasa mereka kecil lagi untuk mendapatkan pulangan kadar dividen sekitar 4-6% daripada simpanan tersebut. Oleh sebab itu , ibu bapa masyarakat Cina zaman modern yang kini memiliki literasi kewangan yang lebih baik berbanding zaman sebelum ini akan cenderung untuk tidak memberikan wang saku yang lebih kepada anak mereka. Mereka akan menggunakan lebihan wang itu untuk membantu anak mereka mendapatkan pelaburan melalui dividen , membuka simpanan KWSP seawal usia 14 tahun dan membeli pelbagai insurans bagi pihak mereka.

Simpan Dahulu Baharu Berbelanja Baki Lebihan

Ramai yang kini sudah dewasa suka memberi alasan kos sara hidup yang tinggi merupakan punca utama mereka tidak boleh menyimpan. Namun begitu , mereka lupa tabiat menyimpan tidak ada kaitan dengan kos sara hidup. Lebih – lebih lagi , pada zaman ini kos gaya hidup pula dimasukkan dalam kategori sara hidup. Kehendak pula hendak disamakan dengan keperluan.

Sekirannya tabiat menyimpan disemaikan semasa zaman muda lagi ketika tidak berhadapan dengan sebarang kos sara hidup maka secara semula jadi seseorang itu akan membesar untuk mencari jalan dalam keadaan yang paling terdesak sekalipun untuk meneruskan tabiat ini.

Ramai dalam kalangan generasi terkini memiliki mindset untuk menundakan niat mereka untuk menyimpan dengan alasan sekirannya pendapatan yang diperoleh pada angka dan jumlah sekian dan sekian maka saya akan mula memiliki lebihan untuk menyimpan. Inilah mindset mereka yang belanja dahulu baharu menggunakan baki lebihan untuk disimpan. Teori sebegini akan secara tidak langsung menyebabkan biarpun gaji , pendapatan dan keuntungan seseorang itu walaupun terus bertambah juga tidak akan cukup untuk sebarang simpanan kerana kecenderungan untuk meningkatkan kos gaya hidup seiring dengan lebihan pendapatan.

Falsafah Simpan Dahulu Baharu Berbelanja Baki Lebihan merupakan sesuatu yang perlu dipupuk dari kecil. Hal ini disebabkan , pada usia yang muda tiada persekitaran hidup yang menekan mahupun berkaitan dengan kos sara hidup. Apabila dewasa nanti secara semula jadi akan menjadi satu tabiat dimana dapat sahaja gaji maka sebahagian secara automatik akan disimpan dan lebihan itu baharu difikirkan hendak digunakan untuk tujuan apa. Biar gaji pada kadar RM 3000 sekalipun akan secara automatik memiliki tabiat gaji sebenar hanyalah RM 1500 kerana sebahagian daripadanya sudah disimpan. Bukannya gaji RM 3000 dan berhasrat mencaturkan hidup dan perbelanjaan kita berdasarkan kepada angka RM 3000. Jangan sesekali hendak tunggu kaya dahulu untuk mula menyimpan tetapi mula menyimpan untuk menjadi kaya.

Kelebihan Mula Menyimpan Awal

Individu A

Mula menyimpan sebanyak RM 2000 dari usia 19 tahun hingga 27 dan dari umur 27 hingga 65 berhenti menyimpan.

Individu B

Dari usia 19 hingga 27 tahun anda tidak menyimpan dan hanya mula menyimpan RM 2000 setiap tahun dari usia 27 hingga 65 tanpa henti

Matematik Kelebihan Awal

Andai kata sekiranya kadar pulangan pelaburan atau dividen pada kadar 10% setahun maka keadaan ini akan menunjukkan individu A yang walaupun hanya menyimpan 8 tahun dan berhenti selepas itu akan berakhir dengan jumlah RM 1.02 Juta pada usia 65. Individu B yang walaupun hanya mula sedikit lambat dan tanpa berhenti menyimpan berterusan selama 39 tahun akan berakhir dengan jumlah RM 805185. Individu A juga akan memiliki nilai simpanan lebih banyak berbanding individu B sebanyak sekitar RM 200 000.

Individu A simpan RM 2000 setiap setahun untuk 8 tahun yang akan mendapat jumlah RM 16000. Jumlah simpanan individu B selama 39 tahun adalah sebanyak RM 78 0000. Namun begitu , bukan sahaja individu A akan berakhir dengan lebihan RM 200 000 dengan jumlah simpanan yang hampir 5 kali jauh lebih sedikit berbanding individu B bahkan dalam jangka waktu yang lebih singkat.

Matematik ini juga membuktikkan kepada kita tentang kebenaran falsafah Mula Awal Lebih Penting Daripada Menyimpan Lebih Banyak.

Subscribe To Our Telegram Channel :
The Coverage Malaysia
Share: