Wang Simpanan Anda Sudah Tidak Bernilai

Pada tahun 1980 , RM 1 Juta dalam simpanan pada kadar faedah 10% = RM 100 000 setahun

Pada tahun 2021 , RM 1 Juta dalam simpanan padar kadar faedah 1.5% = RM 15 000 setahun

Simpanan tetap, atau lebih dikenali sebagai “Fixed Deposit” adalah sejenis simpanan di bank atau akaun pelaburan yang menjanjikan pelabur kadar faedah yang tetap. Sebagai balasan, pelabur bersetuju untuk tidak mengeluarkan dana tersebut dalam jangka masa yang ditetapkan. Sebagai contohnya , jika anda menyimpan sebanyak RM10,000 selama 12 bulan, dengan kadar faedah 2.15%, anda akan diberikan pulangan sebanyak RM215 di penghujung tempoh simpanan.

Oleh sebab itu , simpanan sebanyak RM 1 juta pada tahun 1980 dengan kaedah faedah pada ketika itu sebanyak 10% maka anda masih boleh lagi hidup mewah dengan pendapatan perolehan daripada faedah sebanyak RM 100 000 setahun. Sekirannya kadar faedah pada hari ini dalam anggaran purata sebanyak 2.5% maka simpanan sebanyak RM 1 juta hanya memiliki sebanyak RM 25000 setahun.

Andai kata anda menyimpan RM 2000 setiap bulan dalam simpanan tetap dengan kadar faedah 3% untuk 20 tahun. Simpanan ini akan memberikan akan pulangan sebanyak RM 656,603. Berbanding pula dengan satu situasi yang lain dimana anda memiliki ilmu dan literasi kewangan yang baik dimana angka yang sama iaitu RM 2000 dilaburkan dalam pelaburan yang mampu membawa pulangan sebanyak 8% setahun untuk 20 tahun. Pulangan ini adalah sebanyak RM 1,178,040. Perbezaan ini adalah kerugian potensi keuntungan sebanyak RM 521,437.

Teori menyimpan demi untuk menyimpan atau menyimpan untuk menjadi kaya sudah tidak lagi realistik. Teori ini perlu dikembangkan kepada menyimpan untuk melabur dan menyimpan untuk melipatgandakan nilai wang yang anda miliki. Pada masa yang sama , sesuatu teori kewangan juga boleh berubah mengikut zaman dan tiada yang tetap selama – lamanya. Apa yang tidak sesuai pada dahulu tidak semestinya sesuai pada hari ini dan apa yang sesuai pada hari ini tidak semestinya sesuai untuk masa hadapan. Segala – galanya bergantung kepada dinamika dan pola situasi pada waktu tersebut.

Dalam situasi menyimpan wang dalam bank juga anda tidak akan sesekali menjadikan anda kaya tidak menandakan teori ini seharusnya dijadikan sebagai alasan untuk tidak menyimpan. Lebih – lebih lagi , kaji selidik yang dilakukan Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati 75 peratus daripada penduduk negara ini tidak mempunyai wang simpanan sekurang-kurangnya RM1,000. Selain itu , 80% rakyat Malaysia pula tidak mampu menampung perbelanjaan hidup bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan jika hilang pendapatan, disebabkan tiada tabung kecemasan, selain lebih suka berbelanja berbanding membuat tabungan.

Jika yang sudah menyimpan atau silap menyimpan juga akan dari kaya menjadi miskin maka yang langsung tiada simpanan semestinya akan berada dalam keadaan di bawah paras lebih parah daripada miskin.

Kewangan Cina Kalis Inflasi

Inflasi merupakan kenaikan harga yang berlaku bagi barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa tertentu. Kadar inflasi lazimnya diukur melalui pengiraan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi perubahan harga item-item di dalam bakul tetap barangan dan perkhidmatan dalam satu tempoh masa.

Kadar purata inflasi di Malaysia adalah sebanyak 3.4% dari tahun 1973 sehingga 2023.

Sekirannya anda tidak memiliki ilmu pengetahuan mengenai soal kewangan dan cara menguruskannya maka jika anda memilki RM 1 juta sekalipun angka ini hanya akan bernilai sebanyak RM 320000 dalam jangka masa 20 tahun. Perkiraan ini mengambil kira purata inflasi negara Malaysia pada kadar 3.4%. Keadaan ini juga jelas menunjukkan wang yang disimpan dalam bank juga akan menjadikan seseorang jutawan menjadi miskin. Jumlah kekayaan sebenar dan asal anda berkurangan dengan kadar setinggi 70% dalam jangka masa yabg begitu singkat. Kekayaan sesuatu wang yang anda miliki bukan pada angkanya tetapi pada nilainya.

Dalam pada itu , wang yang digunakan untuk menyimpan dalam akaun simpanan tetap dengan kadar faedah 2.5% juga akan susut nilai jika hendak dibandingkan dengan kadar inflasi sebanyak 3.4%. Hampir setiap saat nilai wang pula semakin hari semakin susut nilai dengan kadar inflasi yang semakin meningkat. Oleh sebab itu , komuniti Cina akan bijak bertindak mengikut situasi. Sekirannya inflasi negara lebih rendah daripada kadar wang simpanan tetap maka mereka akan mula menyimpan dalam simpanan tetap. Namun , jika inflasi melebihi kadar simpanan tetap maka wang tersebut akan digunakan untuk pelaburan lain yang akan membawa pulangan yang lebih tinggi daripada inflasi.

Subscribe To Our Telegram Channel :
The Coverage Malaysia
Share: