Menurut The Corporate Secret , Dua Bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri ke 9, Dato’ Mohammad Anuar Bin Mohd Yunus dan Dato’ Syed Mohd Fazmi Bin Sayid Mohammad bersama Mohd Hafizuddin Bin Mohd Ariff (bekas SUSK) dan Wan Hazirah Binti Wan Draman @Wan Razali (Pegawai Khas) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan lanjut terhadap beberapa kes yang dikaitkan dengan rasuah ketika era pentadbiran negara diketuai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mohd Hafizuddin Bin Mohd Ariff kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) yang baharu berkuatkuasa pada Februari 2025 menggantikan Dato’ Ruhaidini Abd Kadir yang telah menamatkan tugas pada Januari 2025 lalu.
Sumber berkata, penahanan itu dilakukan SPRM mengikut Seksyen 16a Akta SPRM dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA)
“Tiga daripada mereka direman sehingga Selasa ini manakala seorang wanita yang juga pembantu kepada seorang Datuk dibebaskan hari ini,” katanya.
SPRM mengesahkan tangkapan empat pegawai kanan terbabit berkait penyelewengan dana Yayasan Keluarga Malaysia
Sumber mendedahkan antara yang mendapat perhatian rakyat ialah dakwaan penemuan RM 150 juta dalam serbuan SPRM di rumah Dato’ Mohammad Anuar.
Kemungkinan besar Dato’ Nazimah Hashim bekas Ketua Setiausaha Sulit PM9 dan Dato’ Ruhaidini Abd Kadir (Pengarah Media) bakal dipanggil semula oleh SPRM berhubung tangkapan 4 pegawai Ismail Sabri.
Source : The Corporate Secret
Source : Corporate Untold
Ini gambaran bilik kalau simpan wang tunai RM150 juta

Sejak awal pagi tadi kecoh dengan dakwaan pegawai kepada seorang bekas perdana menteri terpalit kes rasuah dan penyimpanan wang tunai ratusan juta ringgit.
Perkara ini dibincangkan secara terbuka di media sosial biarpun masih belum ada pengesahan rasmi.
Poster tersebar yang dilihat Harapan Daily adalah berkenaan penemuan wang berjumlah RM150 juta.
Seorang pengguna X, Najib Bakar, menggunakan chatbot ChatGPT untuk mendapat gambaran keadaan ruang penyimpanan bilik jika dipenuhi dengan wang RM150 juta.
“Dengarnya rampasan wang tunai RM150 juta. Kalau ikut ChatGPT, satu duffle bag 30 liter boleh isi RM1.25 juta dengan setiap note RM50.
“Anggap satu beg depa isi RM1 juta. Maknanya storage room ada 150 buah duffle bag.
“Maka, inilah gambaran bilik berisi RM150 juta tunai. Mak aih!,” kongsinya yang mendapat perhatian ramai.
Hari ini gempar apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor telah menahan empat individu yang didakwa mempunyai kaitan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menurut beberapa laporan media, kes ini membabitkan dana RM700 juta untuk promosi “Keluarga Malaysia” yang diperkenalkan bekas perdana menteri itu pada Ogos 2021.
Source : Harapan Daily
Source : X
The Coverage Malaysia