Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa terlibat dengan pengubahan wang haram secara rahsia di Taiwan,  sewaktu beliau masih menyandang portfolio Perdana Menteri.

Laporan oleh media Taiwan, news.ebc.net mendakwa, perbuatan itu dilakukan sekitar 1984 hingga 1999z

Dakwa news.ebc.net, ia melibatkan sejumlah RM830 bilion. 

Menamakan bekas pekerja Dr Mahathir sebagai sumber, portal berkenaan mendakwa, wang berkenaan adalah hasil rasuah.

Pempengaruh di X, CikyAnie yang menggunakan handle @lady_bugg11 berkata, isu berkenaan sebenarnya sudah didedahkan sejak 2021, namun tidak diberi perhatian oleh media Malaysia.

“Pendedahan media Taiwan mengesahkan Mahathir terlibat pengubahan wang haram sejak tahun 1984-1999 secara rahsia ke Taiwan Bank berjumlah RM830 bilion.

“Isu ini dah keluar sejak 2021 tapi tak di sambut. Apakah mungkin kali ini (Dr) Mahathir akan membiarkan pendedahan black money oleh Media di Taiwan,” katanya menerusi ciapan.

Jelas CikyAnie, pihak berkuasa Malaysia mungkin boleh menimbangkan kerjasama dengan pihak berkuasa Taiwan untuk mengambil kembali semua wang tersebut.

“Dan mungkin Malaysia buleh bekerjasama dgn Taiwan utk ambil duit tersebut sebagaimana kita lakukan dgn Goldman Sach yang berkait dgn 1MDB,” katanya.

Sementara itu, laporan media sama turut dikongsi Doxxer di akaun @doxxerMY.

“Media Taiwan buat pendedahan tentang korupsi Tun Mahathir yang berlaku pada tahun 1984-1999 yang melibatkan kehilangan wang negara RM830 bilion yang dimasukkan ke dalam bank di Taiwan melalui aktiviti sulit penggubahan wang haram secara gelap (secretly laundered black money),” katanya. 

Trending  How Tun Daim Zainuddin Became A Multi Billionaire

Sehingga berita ini ditulis, Dr Mahathir yang sentiasa aktif di media sosial masih tidak memberi sebarang kenyataan balas.

Source : Getaran My

Subscribe To Our Telegram Channel :
The Coverage Malaysia
Share: