The Ministry of International Trade and Industry has confirmed that two new licenses were approved, joining MAS, AirAsia, Firefly, and Malindo, among others, as commercial airline operators. Senior Minister Datuk Seri Mohamed Azmin Ali said the move was to promote healthy competition as well as to help the aviation industry recover from the impact of the Covid-19 pandemic.

As far as the new airlines are concerned, the approval was given to SKS Airways and MYAirline Sdn Bhd with the former being owned by the Johor-based SKS Group with funding from businessman Alan Sim See Kiong. 

Source : The Edge

DAP chairman Lim Guan Eng today said that the previous government’s decision to allow MYAirline to operate has negatively impacted the country’s image in the global airline sector

“The top question asked is why was MYAirline Sdn Bhd given a licence to operate by the previous government when they have such a dubious financial background? Such failure of governance by the previous government has impaired Malaysia’s international reputation in the airline industry.

“Was any proper diligence done by the relevant authorities then, until (sic) the budget airline company could go bust barely a year after operations commenced?” Lim said in the statement.

Syarikat Dato’ Allan Goh pernah diserbu penguatkuasa, BNM denda RM50 juta kutip deposit haram, banyak projek ‘scammer’ tapi dapat lesen perkhidmatan udara (ASL) beroperasi sebagai syarikat penerbangan penuh di negara ini. Sekarang siapa susah?

Source : Malay Mail

Dato’ Allan Goh ‘Scammer’ hanya jadikan MYAirline tempat ‘cuci duit’ haram, mengapa beri lesen syarikat penerbangan?

Syarikat Dato’ Allan Goh pernah diserbu penguatkuasa, BNM denda RM50 juta kutip deposit haram, banyak projek ‘scammer’ tapi dapat lesen perkhidmatan udara (ASL) beroperasi sebagai syarikat penerbangan penuh di negara ini. Sekarang siapa susah?

Belum pun setahun MYAirline beroperasi akhirnya 12 Oktober 2023 syarikat itu mengesahkan `penggantungan operasinya.

Dalam satu kenyataan MYAirline berkata, pihaknya telah membuat keputusan kerana tekanan kewangan yang ketara yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat penerbangan itu.

“Kami telah bekerja tanpa jemu untuk meneroka pelbagai perkongsian dan pilihan penjanaan modal untuk mengelakkan penggantungan ini. Malangnya, kekangan masa menyebabkan kami tiada alternatif selain mengambil keputusan ini.”

Mengapa tiada mahu mengambil alih MYAirlines?

Banyak perundingan dibuat dengan pelabur baharu namun rundingan tersebut tidak berjaya. Ada desas desus anak Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg iaitu Abang Abdillah Izzarim Abang Abdul Rahman Zohari mahu mengambil alih MYAirline susulan tindakan Kerajaan negeri Sarawak yang mahu menubuhkan Syarikat Penerbangan sendiri.

Bagaimanapun Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menafikan penglibatan anaknya.

Abang Abdillah Izzarim Abang Abdul Rahman Zohari merupakan Pengerusi Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) yang mana Kerajaan negeri turut memiliki saham besar di Syarikat itu.

Siapa di belakang MYAirline?

Maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan Ahli perniagaan ‘scammer’ Datuk Allan Goh Hwan Hua merupakan pemegang saham tunggal terbesar syarikat penerbangan itu.

Syarikatnya Zillion Wealth Bhd mempunyai 88% kepentingan ekuiti dalam MYAirline dan Trillion Cove Holdings Bhd pula sebuah syarikat pinjaman wang dan pembiayaan mempunyai 10% kepentingan. Kedua-dua Zillion Wealth dan Trillion Cove adalah syarikat diasaskan Goh.

Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat penerbangan itu, Rayner Teo Kheng Hock memiliki baki 2% saham syarikat penerbangan itu sebelum dikurangkan kepada 0.125%.

Syarikat Goh banyak terlibat dengan pengubahan wang haram dan ‘scammers’. Satu yang pernah kontroversi ialah Trillion Cove terlibat dalam kes pengubahan wang haram bersama bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) Datuk Mohamad Madani Sahari yang didakwa atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM1.038 juta.

I-Serve Online Mall Sdn Bhd milik Datuk Goh Hwan Hua dikenakan penalti RM50 juta

Awal September lalu Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran berjumlah lebih RM50 juta terhadap I-Serve Online Mall Sdn Bhd dan 6 entiti lain syarikat kerana melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Denda berjumlah RM50 juta itu melibatkan I-Serve Online Mall, i-Serve Technology and Vacations Sdn Bhd, QA Smart Partnership PLT, QA Elite Partnership PLT, QA Premium Partnership PLT, MM2217 PLT, dan Valuewise PLT, yang telah dibayar pada 16 November 2022.

Goh memegang 31.75% pegangan dalam i-Serve Online Mall pada 13 Sept 2023. Tiga lagi pemegang saham ialah Datuk Seri Dr Mohd Khairi Aseh (31.75%), QA Smart Partnership PLT (20.63%) dan Bong Soon Heng (15.87%).

Firma Guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership ( Peguam Muhyiddin Yassin )

Peguam kepada Datuk Goh Hwan Hua, Boon Soon Heng, Datin Neow Ean dan i-Serve Online Mall  ialah Firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership- Datuk DP Naban, Rosli Dahlan and Amiratu Al Amirat.

Awal oktober lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyerbu firma Guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership termasuk Rosli Dahlan dakwaan  terbabit rasuah dan pengubahan wang haram semasa usaha pemulihan aset 1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh kerajaan. Rosli Dahlan adalah peguam yang dilantik Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyelesaikan isu aset 1MDB dengan syarikat luar negara.

Menurut SPRM Rosli Dahlan dikatakan melaburkan wang ke dalam sebuah syarikat menjalankan pelaburan tidak berlesen.

Siapakah syarikat itu? i-Serve Online Mall  atau yang sekutu dengannya?

Portal The Corporate Secret (TCS) mendedahkan butiran penuh siapa ahli perniagaan ‘scammers’ Datuk Goh Hwan Hua dan isterinya Datin Neow Ean.

Datuk Allan Goh Hwan Hua dikatakan memang terkenal dengan perniagaan ‘scammer’ di negara ini seperti k8xpress, GoMart Season Grocer, i-Serve Payment Gateway Sdn Bhd, Trillion Cove Capital, Trillion Cove Holdings, Zillion Wealth Sdn. Bhd, Ample Prosperity, Zapp App, Pay4U app, UPay App dan UPay Me App.

Pada 11 November 2021, tindakan penguatkuasaan bersama telah diambil terhadap i-Serve Online Mall Sdn. Bhd dan sekutu berkaitannya kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan, termasuk di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

22 premis yang dikaitkan dengan i-Serve Online Mall Sdn. Bhd dan sekutu berkaitannya yang terletak di Kuala Lumpur dan Selangor telah diserbu, dan dokumen berkaitan telah dirampas untuk membantu siasatan bersama. Serbuan itu turut mengakibatkan 45 akaun bank di 7 bank dibekukan dan merampas wang tunai berjumlah RM118.7 juta.

Jika pemiliknya ‘Scammer’ Allan Goh apa nak hairan jika MYAirline tutup?

Rekod baru SSM mendapati MYAirline kini mempunyai 15 pemegang saham, berikutan terbitan 48 juta saham baru.

Bilangan saham biasa juga telah meningkat kepada 32 juta daripada 2 juta sebelumnya.

Tambahan 30 juta saham biasa diperuntukkan kepada Zillion Wealth, menjadikan pegangan sahamnya dalam MYAirline kepada 99.25% atau 31.76 juta saham daripada 88% atau 1.76 juta saham sebelum ini.

Pegangan Trillion Cove telah dikurangkan kepada 0.625% daripada 10%, walaupun bilangan saham biasa yang dimilikinya kekal pada 200,000. Goh juga memegang 750,000 saham keutamaan dalam MYAirline.

Pemegang saham lain memperuntukkan saham keutamaan termasuk Lee Siew Hock, Nawal Aeida Asarudin, DAG Express Sdn Bhd, Jalex Sdn Bhd, Ling Ai Lee dan Kek Kim Long.

Zillion Wealth oleh isteri Goh Datin Neow Ean Lee dan anak lelaki mereka Sean Goh Tze Han, yang merupakan ahli lembaga MYAirline.

i-Serve Online Mall, Zillion Wealth, Trillion Cove, Vacations Sdn Bhd, QA Smart Partnership PLT, QA Elite Partnership PLT, QA Premium Partnership PLT dan semua syarikat milik Datuk Goh Hwan Hua jelas terlibat jenayah penipuan dan pengubahan wang haram.

Maka tidak mustahil  MYAirline hanyalah tempat ‘mencuci duit haram’. Oleh kerana  Datuk Allan Goh dan  rangkaian syarikatnya didenda BNM sehingga RM50 juta ini sudah tentu menjejaskan  pendapatan syarikat termasuk MYAirline.   

Hanya perangai ‘Scammer’ tutup business dan lari. Akhrnya yang  dikecam teruk ialah Kerajaan Perpaduan, MAHB dan MOT.           

MYAirline Sdn Bhd yang diketuai pakar pengubahan wang haram tidak sepatutnya  mendapat lesen perkhidmatan udara (ASL) daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), yang membolehkan syarikat itu beroperasi sebagai syarikat penerbangan penuh di negara ini.                                        

Source : Sabah Kini

Subscribe To Our Telegram Channel :
The Coverage Malaysia
Share: