PMX Berjaya Tundukkan Gergasi Goldman Sachs

1. PMX tekad melakukan segala yang perlu untuk mendapatkan kembali dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) daripada Goldman Sachs.

2. Kerajaan perpaduan mahu mengembalikan semula dana ini kepada rakyat bagi tujuan menyediakan keperluan pendidikan, kesihatan awam dan kemudahan asas.

3. PMX Madani kini tegas mendesak untuk rundingan semula perjanjian yang dipersetujui oleh Muhyiddin Yassin yang tidak menyebelahi negara Malaysia.

4. Dalam wawancara dengan CNBC beliau tidak menolak kemungkinan akan memfailkan saman terhadap bank Goldman Sachs.

5. Ketegasan PMX ini diteruskan dalam lawatannya ke New York baru – baru ini sehingga berjaya membawa kembali pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng ke negara Malaysia.

6. Kepulangan Roger Ng sebagai saksi utama dalam kes 1MDB akan meningkatkan peluang negara Malaysia mendapatkan pulangan wang yang sepatutnya daripada Goldman Sachs.

7. Goldman Sachs telah menerbitkan AS$6.5 bilion (RM29.09 bilion) bon Goldman dalam penjualan 1MDB pada 2012 dan 2013.

8. Daripada angka ini , pegawai, bank dan sekutu mereka menggelapkan kira-kira AS$4.5 bilion (RM20.14 bilion) daripada jumlah itu.

9. Namun begitu , kerajaan pimpinan Muhyiddin mencapai penyelesaian dengan Goldman Sachs dengan bank pelaburan itu hanya perlu membayar AS$2.5 bilion kepada kerajaan Malaysia.

10. Ketidakadilan bayaran rundingan penyelesaian Muhyiddin dan Goldman Sachs inilah yang menyebabkan kerajaan madani pimpinan PMX tegas mahu merunding semula demi martabat dan maruh negara Malaysia.

Subscribe To Our Telegram Channel :
The Coverage Malaysia
Share: