Nelayan Filipina Dibuli Penjaga Pantai China

1. Pada minggu lalu, pasukan China mengapungkan rentetan pelampung sepanjang hampir 1,000 kaki di sekitar Scarborough Shoal, kawasan terumbu yang terletak kira-kira 120 batu nautika dari Filipina.

2. Kawasan tersebut merupakan kawasan yang telah menjadi sumber ketegangan maritim antara kedua-dua negara tersebut selama bertahun-tahun lamanya.

3. Manila telah mengeluarkan kenyataan membantah, dengan menyatakan bahawa “pelampung penghalang” itu menghalang nelayan negara tersebut. Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. akhirnya membuat keputusan bahawa penghalang itu perlu dihilangkan.

4. Komodor Jay Tarriela, jurucakap Penjaga Pantai Filipina berkata, pegawai keselamatan mula merangka rancangan yang mudah tetapi berani. Mereka akan cuba mengelak daripada empat kapal Penjaga Pantai China di kawasan itu tanpa menarik perhatian dan memotongnya.

5. Selepas beberapa hari penghalang itu didirikan, sekumpulan kecil pasukan penjaga pantai menaiki bot kayu nelayan dan pergi ke kawasan penghalang tersebut. Mereka tidak memakai pakaian seragam dalam usaha untuk menyamar sebagai nelayan.

6. Mereka berjaya mendekati penghalang di sebelah tenggara terumbu tanpa dikesan. Seorang penyelam terjun dan berenang di bawah permukaan air ke tali yang diletakkan di salah satu hujung pelampung.

7. Sebuah video yang dikeluarkan oleh Penjaga Pantai Filipina pada hari Isnin menunjukkan dia memotong tali itu dengan pisau. Pasukan itu kemudiannya menarik sauh yang mengikat penghalang itu dan segera beredar.

8. Pelampung itu telah dihanyutkan, tidak lagi menghalang laluan masuk ke atol karang. Ia adalah tindakan kecil yang berani walaupun tidak mempunyai kesan praktikal untuk nelayan Filipina.

9. Mereka masih tidak boleh memasuki pulau karang, yang dijaga oleh kapal China pada setiap masa. Begitu pun, ini adalah tindakan menunjukkan tentangan yang kuat, menyerlahkan usaha baharu oleh Filipina untuk menentang tuntutan China di Laut China Selatan.

10. Tujuannya adalah untuk menunjukkan kepada rakyat Filipina dan dunia bahawa Filipina bersedia menentang pengganas yang mencerobohi kedaulatan mereka.

Subscribe To Our Telegram Channel :
The Coverage Malaysia
Share: