Selepas China mengeluar Peta Standard China edisi 2023, ia telah mengundang pelbagai kontroversi daripada pelbagai pihak. Bermula daripada laungan rasa tidak puas hati penduduk dunia, hinggalah negara-negara asia, hatta Malaysia pun tidak terkecuali.

Susulan daripada pengeluaran peta berkenaan, akhirnya Kerajaan Malaysia mebuat keputusan menghantar nota bantahan terhadap China susulan tuntutan negara berkenaan di Laut China Selatan seperti digariskan dalam Peta Standard China Edisi 2023 yang meliputi kawasan maritim Malaysia.

YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas dan tegas dengan pendirian, bahawa Malaysia tidak berkompromi soal hak dan kedaulatan sempadan maritim. Kendatipun, jalan rundingan tetap dibuka untuk menyelesaikan secara aman.

Baru-baru ini PMX telah pun menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur ke-18 bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta, Indonesia.

PMX satu-satunya pemimpin yang hadir dengan suara lantang melontarkan pandangan dan cadangan untuk kemaslahatan bersama. Antara isu utama yang menjadi tumpuan utama beliau adalah agenda ekonomi serantau dan kedaulatan sempadan.

PMX mengulangi komitmen Malaysia untuk menyelesaikan pertikaian Laut China Selatan secara aman mengikut undang-undang antarabangsa termasuk Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982.

Penukaran nama Laut China Selatan adalah pendekatan yang tepat. Perkara ini turut disokong oleh Penganalisis Isu Antarabangsa, Dr Danial Azman. Yakni, menukar nama Laut China Selatan kepada nama yang lebih tepat dan bermakna untuk Malaysia.

Jika sebelum ini Turki ditukar kepada Turkiye dan India ditukar kepada Bharat, kenapa tidak penukaran nama ke atas Laut China Selatan? PMX telah mengambil langkah yang bijak dan tepat.

Perkara ini penting untuk menghilangkan aspek sejarah yang memihak kepada China. Nama Laut China Selatan berasal daripada sejarah yang berasal dari perspektif China. Menurut perspektif itu, wilayah ini adalah milik mereka dan disebabkan itu, nama Laut China Selatan memberi kelebihan pada China dalam pertikaian wilayah.

PMX juga bertegas Malaysia akan meneruskan dasar untuk bersahabat dengan China walaupun terdapat pertindihan tuntutan wilayah di Laut China Selatan. Beliau juga bersetuju, menyelesaikan pertikaian Laut China Selatan secara aman mengikut undang-undang antarabangsa.

PMX adalah satu-satunya pemimpin yang berjiwa besar dan panjang akal. Selain lantang dan berani bersuara di pentas dunia, beliau juga entiasa mengutamakan jalan diplomasi penuh hikmaj demi memastikan semua pihak berpuas hati.

Subscribe To Our Telegram Channel :
The Coverage Malaysia
Share: