Peta baru dikeluarkan Kementerian Sumber Asli China untuk tahun 2023 berkenaan tempat hasil bumi China Mereka turut memasukkan Sabah dan Sarawak ke dalam peta. Bukti mereka semakin menuntut ZEE kita di Laut China Selatan Malaysia masih nak Lalai??? Masih nak ckp kita nak berperang dengan siapa???

Diorang terang terangan makin tuntut kawasan kita Walaupun depan depan cakap kita sahabat baik Satu cara yang kita boleh buat yang pertama tukar nama Laut China Selatan jadi nama laut lain Aku ingat nak startlah setiap kali Laut China Selatan aku letak nama laut aku sendiri.

Cadangan Penyelesaian sebenarnya isu Malaysia dgn China

1) Nota Diplomatik. Menyuarakan bantahan

2) TLDM harus diperkasakan. Bukan setakat hanya mengisi keperluan asas tetapi ada kekuatan untuk beri tamparan hebat kepada musuh dan memenangi peperangan . Begitu jugak APMM ditingkatkan jumlahnya dengan aset baru dan moden untuk maintain presence di kawasan tuntutan. TLDM dah ada plan menerusi Program 15 ke 5 dan penubuhan MAWILLA 4 di Bintulu

3) Kita ada kawan. Lawan secara gabungan. Sebab tuntutan ni bukan China je tuntut kat Malaysia. Indonesia, Filipina, Singapura, dan Vietnam turut hadap isu sama Buat gabungan sama ada pakatan atau Tingkatkan aset setaraf mereka atau lebih lagi. Jadi a very powerful sidekick. Kita pun ada FPDA atau Perjanjian Pertahanan 5 Negara. Australia, UK, Singapura dan NZ bersama kita Tapi kena tingkatkan aset setaraf diorang. Sekarang ni aku tengok diorang je akan cover kita. Kita belum tentu mampu cover diri sendiri. Macam harap belas ihsan Inilah real diplomasi..bukan setakat berbuat baik dengan semua orang tapi jugak gunakan kekuatan persahabatan yang kita ada dalam memperkasakan pertahanan kita Bukan maknanya redha bila kita dipijak. Tapi berbaik jangan sampai maruah tercalar

Sumber : Irfan_newboys Twitter

Subscribe To Our Telegram Channel :
The Coverage Malaysia
Share: