Semasa Tun M mentadbir selama 22 bulan beliau telah membuat banyak keputusan yang merugikan rakyat dan negara. Banyak projek seperti HSR dibatalkan dan negara terpaksa berhadapan dengan kerugian yang amat besar.

Dasar dan polisi yang tidak konsisten akan menyebabkan negara kehilangan keyakinan daripada pelabur asing.

Kepimpinan baharu seharusnya meneruskan dasar dan legasi pentadbiran lama yang baik dan bukannya membatalkannya.

Dalam pada itu , kepimpinan baharu Anwar Ibrahim pula kini seolah – olah mengulangi kesalahan lampau lama Tun Mahathir dalam soal dasar dan polisi negara. Sebelum ini kontrak DNB 5G negara sudah diberikan kepada Sony Erisson.

Kontrak ini sebenarnya sudah melalui tapisan tender terbuka.
Kini apabila bertukar kerajaan maka segala dasar 5G negara dalam keadaan yang tidak menentu.

Sekejap kerajaan berpendirian bahawa tidak perlu untuk melobi di media kerajaan keputusan sebelum ini sudah ditetapkan. Sekejap pula kontrak ini pula akan dinilai semula. Sekejap pula kerajaan menetapkan Pelaksanaan rangkaian 5G oleh DNB hingga 80% dan diikuti peralihan kepada model dwirangkaian.

Keadaan ini akhirnya menyebabkan Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat dilaporkan telah memberi amaran kepada Malaysia tentang risiko terhadap keselamatan negara dan pelaburan asing. Hal ini susulan memuktamadkan semakan pelaksanaan 5G yang membenarkan Huawei terlibat dalam pembangunan infrastruktur 5G.

Memetik Financial Times, EU dan AS sudah menulis surat kepada kerajaan pada April selepas ia memutuskan untuk mengkaji semula keputusan pemberian tender bernilai RM11 bilion kepada Ericsson bagi pembangunan rangkaian 5G. Duta AS ke Malaysia, Brian McFeeters mendakwa “risiko keselamatan negara”, melainkan kerajaan kekal dengan rancangan asalnya untuk penggunaan 5G.

Sementara itu, ketua delegasi EU ke Malaysia, Michalis Rokas berkata sebarang perubahan pemberian tender tersebut mungkin akan memberi kesan negatif yang ketara.

Kerajaan hari ini tidak boleh risikokan hubungan diplomatik dengan dunia barat.

Kepimpinan dan pentadbiran negara seharusnya mementingkan pelaburan daripada dua blok besar dunia dan bukannya berpihak kepada satu pihak sahaja.

Natijahnya , Anwar Ibrahim disarankan untuk tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Tun Mahathir.

Subscribe To Our Telegram Channel :
The Coverage Malaysia
Share: