Duta China ke Filipina Kurang Ajar
Huang Xilian, telah mendapat kecaman hebat berkenaan ‘amaran’ kepada Manila berikutan ketegangan ketenteraan di antara dua wilayah tersebut di sebuah ucap umum di Taiwan, bulan lalu.
Duta China tersebut menyatakan bawaha pekerja Filipina di Taiwan adalah ‘berisiko’ kerana aktiviti ketenteraan Amerika Syarikat telah dijalankan di wilayah Filipina
Dakwaan tersebut cuba memberi gambaran kepada kepada Taiwan bahawa ekspatriat dan pekerja asing dari Filipina adalah ancaman keselamatan kepada kepulauan kecil itu.
Bagaimanapun China cuba memperbetul keadaan dengan memberikan kenyataan susulan, walaupun tidak membantu. Kata China, hubungan Manila dan Washington telah memberikan ketegangan ketenteraan di perairan Laut China Selatan.
Kedua-dua kenyataan tersebut tidak memperbaiki keadaan. Ia jelas sebagai sebuah cubaan untuk mengalihkan pandangan umum.
Ketika kemaraan tentera CCP dan askar Beijing sudah menjadikan rondaan di Laut Cina Selatan sebagai rutin, China cuba menjadikan Manila sebagai kambing hitam.
Pengurusan persepsi ini tidak akan menjadi ilmu sihir kepada realiti. Tekanan yang diberikan China jelas kepada badan antarabangsa, negara kejiranan dan UNCLOS untuk cubaan China memperluas wilayah jajahan mereka.
China mendakwa Manila sebagai punca AS meluaskan kuasa ke rantau Asia Pasifik walaupun sebaliknya, kerjasama tersebut adalah ke arah pertahanan diri dan peningkatan kuasa disebabkan tindakan China yang mengancam kedaulatan perairan Filipina hingga ke Kepulauan Spratlys.
Landasan Moral China ini memberi pelbagai tafsiran. Pertama, mereka sahaja yang betul mengenai sebarang tindakan ketenteraan.
Kedua, rakyat China terdidik dengan kepercayaan kerajaan di sebalik agenda komunisme, jika tidakpun, mereka tidak mempunyai pilihan selain mempercayai propaganda kerajaan.
Ketiga, pada masa hadapan, semua negara di rantau Asia Pasifik akan berhadapan dengan masalah sekiranya bekerjasama dengan pihak yang tidak disenangi mereka, malah ia memberi ancaman kepada peringkat individu.
Kenyataan semberono Huang Xilian bersifat jahat dan membahayakan penduduk Filipina di Taiwan. Ia menimbulkan keraguan tidak munasabah serta syak wasangka antara Taiwan dan Manila, sehingga boleh menimbulkan prejudis bersistem yang menafikan hak, malah menbahayakan nyawa.
Ketika Manila memilih untuk memperkuat sistem keselamatan, China memilih untuk membakar api permusuhan antara dua negara.
Bukankah China yang lebih berbahaya, walaupun dengan resmi intelegensia lidah lebih tajam dari mata pedang, selepas membaling batu menyorok tangan?
The Coverage Malaysia