Jerman sedang mempertimbang untuk larangan Huawei dalam penglibatan projek 5G mereka. Sebagai langkah mula, penilaian besar-besaran terhadap alat ganti dan komponen elektronik dari China sedang dilakukan dalam rangkaian 5G Jerman.

Ini bukan hal yang mengejutkan. Selepas enam negara di Eropah sudah mengharamkan penglibatan Huawei dalam projek 5G, kini giliran Jerman sebagai negara ketujuh yang mengambil langkah sedemikian.

Menteri Kewangan Jerman, Christian Lindner tampil pada Mac lalu yang menegaskan kecuaian kerajaan jelas sekiranya membiarkan Huawei dan ZTE sebagai pembekal barangan tunggal, membiarkan mereka meraih keuntungan tanpa pesaing ketika kualiti dan risiko keselamatan mereka diragui.

Malah, pemeriksaan yang dilakukan juga tidak akan memberi ganti rugi kepada kerajaan. Jerman sedia memakan belanja berbilion demi keselamatan digital negara yang berisiko.

Menurut Reuters, hubungan rapat antara Beijing dengan Huawei dan ZTE memberi tuang kepada syarikat rangkaian mudah alih tersebut untuk operasi risikan malahan sabotaj kepada infrastruktur tertentu, apatah lagi melibatkan ketenteraan.

Pada 2019, Amerika Syarikat sudah memutuskan bahawa Huawei dan ZTE ‘tidak boleh sewenang-wenangnya dipercayai’ . Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat juga telah mendakwa Huawei dengan pelanggaran undang-undang dalam Embargo AS di Iran, penyelewengan bank, dan dagangan pencurian maklumat. ZTE juga turut terlibat dalam kesalahan penyelewengan barang dagangan AS di Iran sehingga mencapai jumlah 32 juta USD.

Susulan bukti dan kesahihan peristiwa yang berlaku, AS telah mengharamkan peralatan Huawei dan ZTE di sana selepas 10 bulan.

Kegusaran mana-mana negara terhadap asimilasi teknologi bersama syarikat China adalah berasas. Tidak hairan jika pintu-pintu yang ditutup di barat telah menjemput China untuk membuka tingkap-tingkap baharu di rantau Asia termasuk Malaysia.

Kecuaian negara dalam isu risiko keselamatan siber dan infrastruktur digital akhirnya akan memberikan ruang untuk pemcerobohohan maklumat.

Akhirnya, keselamatan negara dan rakyat menjadi taruhan.

Subscribe To Our Telegram Channel :
The Coverage Malaysia
Share: