Menang sorak, kampung tergadai ; demikianlah perumpamaan paling tepat untuk menggambarkan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) di Indonesia yang dibina daripada hutang China.

Masa perjalanan dari Jakarta ke Bandung mungkin disingkatkan kepada 40 minit, namun hutang dengan China akan berpanjangan selama 40 tahun akan datang.

Berikutan keputusan Jokowi untuk membangunkan projek mega menggunakan dana China, Indonesia terpaksa melunaskan hutang yang sangat besar dengan kadar bunga yang sangat tinggi.

Projek HSR Fasa 1 dari Jakarta ke Bandung melibatkan jajaran sepanjang 142 kilometer menelan kos setinggi AS$7.2 bilion.

Sekiranya komitmen bayaran balik tersebut gagal dipenuhi, bersedialah Indonesia untuk menjadi boneka yang dikawal China di rantau ini.

Lihat sahaja situasi yang berlaku di beberapa negara dunia. Sudah ada banyak negara yang terperangkap dalam jerat hutang China.

Keruntukan ekonomi Sri Lanka dan kegawatan ekonomi Pakistan berlaku disebabkan hutang yang terlalu besar dengan China.

Setakat hujung tahun 2021, Sri Lanka berhutang dengan China sebanyak AS$7.2 bilion manakala Pakistan sebanyak AS$27.4 bilion.

Di Afrika, negara-negara yang berhutang dengan China untuk membangunkan projek mega seperti pembinaan pelabuhan, lapangan terbang dan kemudahan pengangkutan awam sudah mula bergelut untuk membayar balik liabiliti mereka.

Hasilnya, mereka kini terpaksa menyokong sebarang tindak-tanduk China di peringkat global.

Negara-negara Afrika yang berhutang dengan China tidak menyokong usul Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mengecam pencabulan hak asasi manusia di Xinjiang, Tibet dan Beijing.

Nasib yang menimpa negara-negara ini tidak mustahil akan turut melanda Indonesia. Sebagai jiran yang prihatin, kami di Malaysia mendoakan yang terbaik buat Indonesia.

Subscribe To Our Telegram Channel :
The Coverage Malaysia
Share: