A Bersatu leader’s cryptic Facebook post has set tongues wagging but Muhammad Faiz Na’aman is keeping his cards close to his chest.

Kerajaan Perpaduan dikatakan sudah mengetahui mengenai gerakan bagi menumbangkan kerajaan, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na’aman.

Beliau turut memberikan bayangan gerakan itu bukan satu spekulasi dan mungkin akan berlaku. Kerajaan Perpaduan dikatakan sudah mengetahui mengenai gerakan bagi menumbangkan kerajaan, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr Muhammad Faiz Na’aman.

Beliau turut memberikan bayangan gerakan itu bukan satu spekulasi dan mungkin akan berlaku.

“Saya kira, angka ini signifikan hingga ramai çyber troopers prokerajaan meroyan di laman Facebook saya. Saya fikir pihak sebelah sana (Kerajaan Perpaduan) pun tahu kebenarannya,” katanya memetik laporan BHOnline hari ini.

Kenyataan itu dikuatkan lagi dengan status yang dimuatnaik beliau semalam berhubung angka 126.

Ia apabila Muhammad Faiz memuatnaik stutus di Facebooknya semalam dengan ‘126 dah…jika benar Alhamdulillah’.

Hantaran itu dikaitkan dengan jumlah sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) yang kini sebanyak 126 kerusi.

“Tidak perlu risau dengan bilangan angka. Kami bukan seperti Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dulu yang sanggup buat sidang media berkali-kali hanya untuk sebut i have the numbers.

“Adakah salah saya sebut 126?” soalnya di Facebook.

Subscribe To Our Telegram Channel :
The Coverage Malaysia
Share: