Mohd. Shukrie menyertai MAHB sebagai Ketua Pegawai Operasi pada Mei 2019 sebelum menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mac 2020. Beliau kemudiannya berundur sebagai CEO MAHB pada tahun 2021.

Pada tahun beliau menjadi CEO iaitu tahun 2020 , trafik penumpang MAHB susut 84.2 peratus kepada 1.8 juta penumpang berbanding 11.55 juta penumpang pada 2019. Pada tahun 2021 , pergerakan penumpang Malaysia juga berkurangan sebanyak 82.1 peratus pada Mac 2021. Pergerakan penumpang domestik dan antarabangsa masing-masing menurun 75.9 peratus dan 91.9 peratus.

Dalam pada itu , Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatat kerugian bersih sebanyak RM1.11 bilion bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember, 2020 (TK20) berbanding keuntungan bersih RM537.04 juta pada tahun sebelumnya. Pada tahun 2021 , operasi MAHB mencatatkan kerugian sebanyak RM193.7 juta.

Harga pasaran saham juga jatuh pada hari paling rendah dalam 20 tahun MAHB iaitu pada kadar 4.02 pada tahun 2020 apabila beliau menjadi CEO MAHB dari setinggi 8.76 pada tahun 2019. Keadaan ini begitu parah sehinnga Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) telah melanjutkan penggantungan sementara bagi jualan singkat saham MAHB pada ketika itu.

Beliau juga memiliki ‘track record’ kerjaya yang kurang memberangsangkan kerana meletak jawatan sebagai Managing Director KPJ Healthcare dalam jangka masa memegang jawatan tersebut selama 5 bulan sahaja.

Pada tahun ini pula , Perkhidmatan aerotrain KLIA terpaksa digantung. Tular video yang menunjukkan orang ramai terpaksa berlajan di atas trek kereta api dalam keadaan hujan lebat. Kejadian itu dikatakan berlaku di KLIA disebabkan perkhidmatan Aeroline yang mereka gunakan tiba-tiba rosak. Pada 1 Mac lalu, seramai 114 penumpang terjejas dengan 10 daripadanya terlepas penerbangan selepas perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi atau aerotrain di lapangan terbang itu mengalami kerosakan.Kejadian sedemikian telah menjejaskan imei negara di mata dunia.

Sebelum ini pada tahun 2021 kepimpinan Mohd Shukrie dan pasukan pengurusannya pada ketika itu telah membuat keputusan untuk memberikan projek Aerotrain bernilai RM 743 juta kepada Pestech. Persoalannya adakah nilai ini menggambarkan trek yang hanya sekitar 1.25 km untuk menelan kos yang begitu tinggi? Adakah CFO MAHB pada ketika itu menjalankan tugasnya dengan sebaik – baiknya?

Pasukan pengurusan MAHB gagal memainkan peranan untuk memantapkan prestasi dan kecermerlangan industri penerbangan Malaysia. CFO pula dikhabarkan terdapat isu tertentu di Jakarta , Indonesia yang perlu disiasat dengan mendalam kes tersebut. Kita perlu tahu dengan lebih mendalam apa yang sebenar berlaku di Indoneis ?

Pada ketika itu juga , yang bertanggungjawab menjaga Sumber Manusia iaitu Azman pula tersilap memecat seorang pekerja IT MAHB sehingga perlu membazir wang syarikat sebanyak RM 800 000 sebagai pampasan.

Natijahnya , kesemua persoalan di atas perlu diteliti dan disiasat dengan mendalam supaya MAHB mampu memiliki pasukan pengurusan dan operasi yang lebih mantap.

Subscribe To Our Telegram Channel :
The Coverage Malaysia
Share: